UEC: IKTIRAFKAN SEPERTI STAM

Kemeterian Pendidikan sedang mengumpul maklumat dab mencari idea bagaimana untuk mengetasi isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian cina di seluruh negara.

Isunya, adakah UEC perludiiktiraf sebagai setaraf dengan SPM atau STPM sedangkan dikendalikan oleh pihak pendidikan Cina, Dong Zong yang dilaksanakan dalam bahasa Cina.

Desakan untuk mengiktiraf mencapai kemuncaknya dalam piligan raya umum ke-14, 9 Mei lalu yang menyaksikan Pakatan Harapan akan meniktirafnya dalam manifesto, dan begitu juga jika BN kekal memerintah.

Sebelum ini, mereka mahukan institusi pendidikan tinggi swasta mengiktirahnya dalam sistem pendidikan kebangsaan walaupun tidak kompromi dengan sistem pendidikan kebangsaa, dan hasrat itu menemui kejayaan.

Ham[pir semua universiti swasta mengiktirafnya.

Malah, institut pendidikan guru (IPG) sebagai universiti awam (UA) sudah mengiktirafnya.

Di kalangan ahli bahasa menentang habis-habisan mengenai langkah kerajaan untuk mengiktirafnya.

Lalu, bagaimana mahu menyelesaikan isu ini?

Cadangan yang boleh dikemukakan kepada jawatankuasa yang menyemak dan mengumpul maklum balas adalah dengan mengikuti sistem pendidikan agama di negara ini.

Sebelum 90-an, semua negeri mempunyai sistem pendidikan berasaskan agama yang kurikulumnya banyak berkiblatkan Al-Azhar atau universiti di Mesir lain, sama ada sekolah swasta, sekolah agama rakyat (SAR) atau sekolah menengah agama negeri (SMAN).

Kementerian Pendidikan mencadangkan satu sistem yang standard untuk sekolah berkenaan jika ingin melanjutkan pengajian melalui peperiksaan berpusat iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sesiapa yang ingin melanjutkan pengajian di Mesir, Jordan atau aman-mana negara luar hatta ke universiti awam atau swasta di negara ini mestilah mempunyai STAM.

STAM dikira pengajian peringkat tinggi dan peperiksaanya diuruskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sama seperti badan itu mengurus STPM.

Maka, hari ini langkah berkenaan sudah diterima umum.

Mungkinkah badan pendidik Cina tidak akan menerima cadangan ini kerana mahu terus mengendalikan peperiksaan berkenaan?

Maka, di sinilah perlukan keberanian politik (political will) untuk membuat keputusan selepas dipersetujui oleh Jawatankuasa Presiden Parti Pakatan Harapan dan Jemaah Menteri.

Khamis lalu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek menyatakan pihakna telah menubuhkan jawtankuasa khas untuk mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak bagi memastikan keputusan akhir mengenai isu pengiktirafan UEC.

Anggota jawatankuasa itu terdiri daripada Eddin Khoo, anak kepada pakar sejarah Tan Sri Khoo Kay Kim; Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Yew Sing; dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim .

Maszlee berkata, tiga individu tersebut akan melakukan kajian realistik dan objektif mengenai UEC.

Katanya, usaha yang dilakukan termasuk membina persefahaman mengenai isu yang mencetuskan perdebatan tersebut.

“Saya sendiri akan  terus berjumpa dengan wakil-wakil persatuan terbabit dengan harapan persefahaman akan dicapai,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily.

Menurut Maszlee, jawatankuasa khas itu akan bermesyuarat dengannya secara kerap berhubung pengiktirafan UEC.

“Usaha mengkaji UEC secara menyeluruh dijalankan secara berterusan,” katanya.

Tambah Maszlee, beliau telah bertemu dengan pihak yang menyokong dan membantah pengiktirafan UEC serta mendengar pandangan mereka.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengiktiraf UEC sebelum pilihan raya umum akan datang, Maszlee menjawab sambil bersenyum: “Bagi saya, keharmonian adalah lebih penting.”

Advertisements

BERJAYAKAH TOK PA TARIK LEBIH RAMAI AHLI PARLIMEN UMNO SERTAI BERSATU?

SUDAH lama Datuk Seri Mustapa Mohamad berdiam diri sehinggalah semalam beliau mengeluarkan kenyataan mengejutkan banyak pihak untuk keluar sebagai ahli UMNO, yang menjadisyarat untuk menyertai mana-mana parti politik.

Ahli Parlimen Jeli itu yang dikenali sebagai seorang yang lebih bekerja berbanding untuk berpolitik hasil didikan strategis tersohor Tun Daim Zainuddin, cuma beliau dikatakan lambat untuk bertindak meninggalkan UMNO sehinggalah parti kweramat itu tumbang pada 9 Mei 2018.

Adakah Mustapa Mohamad secara individu berhenti sebagai ahli UMNO atau sudah merancang untuk seorang demi seorang Ahli Parlimen atau ADUN selepas ini akan keluar daripada UMNO, sebagai transisi sebelum memasuki parti lain sama ada PAS, PKR atau BERSATU?

Dari segi ideologi, BERSATU merupakan parti yang dikatakan lebih berideologi UMNO kerana UMNO kini dikatakan sudah tersasar dari jalan sirotulmustaqim.

Apa lagi Mustapa atau Tokpa merupakan bekas setiausaha politik Tun Daim dan laluan politiknya dididik oleh Tun Daim dan Tun Mahathir sehinggalah beliau seronok sebagai ahli politik sehinggakan pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Persoalannya, selepas Mustapa siapa lagi ahli UMNO akan meninggalkan parti itu kerana BERSATU juga memerlukan lebih ramai ahli dan kerusi Parlimen yang kini kedudukan parti itu diperlekehkan oleh sekutu Pakatan Harapan yang jauh meninggalkan parti itu.

Mustapa diharap menjadi pencetus kepada beberapa perubahan di peringkat Ahli Parlimen dan ADUN UMNO untuk memasuki BERSATU, yang akhirnya sekurang-kurangnya UMNO akan hanya tinggal separuh atau 25 orang sahaja.

Jika Mustapa bergerak dengan pimpinan strategis Tun Daim, setidak-tidaknya beliau perlu mencari 10 MP, barulah beliau boleh dikatakan menyumbang kepada BERSATU, maka bolehlah Tun Mahathir mempertimbangkan jawatan selepas semakan semula Menteri dalam setahun ini.

Dato Wira Othman Abdul mantan MP Pendang yang merupakan kawan baik Tok Pa ketika memberi maklum balas mengenai langkah Tok Pa keluar sebagai ahli UMNO berkata:

“Dato Mustapa bukan ahli UMNO akar umbi macam kita. Dia pegawai PTD dan menjadi ahli umno melalui Tun Daim. Mulanya menjadi SUSK Tun D, Menteri Kewangan . Lepas itu dilantik jadi SUPOL Tun Daim dan kemudinya dipilih menjadi calon AP. Kemudian jadi menteri.

“Maka seluruh kasih sayang Dato Mustapa adalah kepada Tun Daim. Jadi kita jangan terperanjat dengan peristiwa ini,” katanya.

Untuk rekod, ini kenyataan penuh Tok Pa.

KENYATAAN MEDIA: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI UMNO

1. Semenjak PRU 14 melabuhkan tirai, seperti orang lain juga, saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

2. Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar. Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.

3. Untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

4. Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk.

5. Namun pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

6. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Jeli, Kelantan dan seluruh negara yang banyak membantu sepanjang saya berkhidmat untuk UMNO, dari kepimpinan parti sehinggalah akar umbi. Insya-Allah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan sebuah negara Malaysia yang terbilang.

8. Saya mendoakan agar negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa. Semoga lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan. Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah SWT jua kita berserah.

Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen Jeli
18 September 2018

TIGA RESOLUSI KONGRES MASA DEPAN BUMIPUTERA

3 RESOLUSI TELAH DICADANGKAN BIDANG FOKUS NILAI, ETIKA & MORAL

1. Memartabatkan masyarakat Bumiputera yang berintegriti dan diyakini melalui model pendidikan Negara yang menerapkan pendidikan, nilai, etika dan moral dalam setiap peringkat pembelajaran dan masyarakat

2. Menangani kekeliruan pemikiran (pandangan alam) dengan memperkasakan Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC) sebagai pusat utama jaringan pengajian ilmu nilai, etika dan moral. Karya-karya besar agama dan peradaban dunia yang terhimpun di Malaysia dan tokoh-tokoh Bumiputera ditonjolkan semula dalam media dan penerbitan dokumentari kejayaan Bumiputera

3. Menjadikan Kongres Bumiputera Nasional sebagai platform untuk memantau pelaksanaan resolusi menepati niat serta aspirasi komuniti Bumputera negara

TINDAKAN UNTUK 3 RESOLUSI UTAMA (1/2)

Memupuk ilmu pengurusan kewangan peribadi dan keusahawanan
Membudayakan amalan “Bersih, Cekap & Amanah“ dijadikan standard dalam setiap prosedur dasar dan proses kerja di sektor kerajaan dan swasta
Memperkukuhkan pemahaman nilai-nilai berlandaskan agama/kepercayaan dalam peradaban
Mengamalkan dasar inklusif melalui bantuan kerajaan kepada golongan yang benar-benar memerlukan

TINDAKAN UNTUK 3 RESOLUSI UTAMA (2/2)

Memperkenal dan menguatkuasa dasar baru bagi meningkatkan masyarakat yang mampu membangunkan diri dan komuniti melalui kempen kesedaran dan penghasilan pengisian berkualiti
Mengamal amalan tadbir urus yang baik di sektor swasta dan awam
Membina dan menerap budaya kecemerlangan dalam persekitaran yang positif
Merangka sistem pendidikan yang membangunkan siasah diri yang unggul, berteraskan moral dan etika tinggi
Memperkenal pendekatan yang holistik dan bersepadu dalam membangunkan masyarakat yang syumul
Membentuk individu yang berdikari dan progresif yang tidak mengharap bantuan kerajaan

RESOLUSI UNTUK BIDANG FOKUS PENCIPTAAN DAN PEMILIKAN KEKAYAAN (1/2)

Meningkatkan keberkesanan agensi berkaitan dalam melaksanakan tanggungjawab memantau dan mengawal selia aktiviti-aktiviti penaiktarafan pendidikan, kesedaran dan integriti pengurusan kekayaan
Mewujudkan program peningkatan literasi kewangan dan menambah baik budaya (termasuk penciptaan kekayaan dan pemilikan harta) di dalam golongan pelajar sekolah menengah dan belia Bumiputera
Penstrukturan semula agensi-agensi sedia ada supaya lebih efektif dan efisien dalam penyampaian serta bebas daripada unsur politik
Memperkenalkan skim kewangan yang sesuai untuk pembelian dan pembangunan tanah rizab Melayu dan Tanah wakaf Memperkasakan agensi sedia ada untuk mengawal selia dan melibatkan diri dalam pembangunan tanah rizab Melayu dan tanah wakaf
Memperkenalkan skim pembiayaan yang mematuhi perundangan Syariah dan mesra untuk pembangunan wakaf (contoh:Sukuk wakaf, REIT Wakaf)
Menggunakan agensi sedia ada yang terlibat dengan kemajuan tanah wakaf bagi menjana program menaiktaraf ekonomi Bumiputera
Penubuhan entiti untuk membeli hartanah kuota Bumiputera yang tidak terjual daripada syarikat pemaju hartanah pada kadar diskaun, untuk dijual kembali kepada individu Bumiputera pada harga yang berpatutan
Pembangunan modul latihan khusus untuk aktiviti-aktiviti pengkomersialan harta intelek
Memudahkan akses kepada dana yang sedia ada dan kemudahan lain untuk membantu proses kajian dan pembangunan
Mewujudkan pangkalan data yang bersepadu (“integrated database”) dan boleh diakses daripada pelbagai agensi sedia ada, menuju kearah inisiatif Data Raya (“Big Data”)
Penubuhan wakaf harta intelek merangkumi skop dan bidang kuasa penggunaan wakaf untuk menggalakkan penciptaan harta intelek yang akan memberi manfaat kepada seluruh ekosistem
Penciptaan sebuah bank khusus untuk menyalurkan dana kepada industri harta intelek (Bank IP)

RESOLUSI UNTUK BIDANG FOKUS PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN (1/2)

Menubuhkan jawatankuasa tindakan negara yang melibatkan kementerian dan agensi untuk mengkaji kesemua dasar (termasuk definasi Bumiputera) dan akta di peringkat persekutuan dan negeri termasuk tindakan afirmatif
Mengkaji semula dasar dan mandat serta pelaksanaan dasar yang diumumkan berkaitan keusahawanan yang tidak memberi manfaat kepada usahawan Bumiputera (cth: Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tidak menjadi halangan kepada usahawan)
Memperkasa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Kementerian Pembangunan Keusahawanan (MED), MARA 4.0, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Swasta bagi meningkatkan taraf usahawanan Bumiputera
Latihan berkaitan keusahawanan menjadi modul wajib (mandatori) bagi meningkatkan kemampanan dan kecekapan digital, serta keupayaan baharu (cth: megatrend)
Membudayakan nilai, etika, disiplin dan keupayaan dalam perniagaan dan keusahawanan
Memupuk minat serta meningkatkan jumlah pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Sastera dan Matematik (STEAM) bagi memperkasa kemahiran teknikal dan professional untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan bergaji tinggi serta menjadi modal insan yang membina ekonomi masa depan
Menyediakan ekosistem sokongan pendidikan yang holistik dengan melibatan pelbagai pihak berkepentingan
Mengubah landskap kerjasama industri dan institusi pendidikan berasaskan kepada konsep “Industry-owned”
Membangunkan modal insan yang berpaksikan kepada nilai-nilai Rukun Negara.

MAHATHIR TIDAK HARUS CIPTA NAJIB RAZAK KEDUA

Oleh Bakri Musa

UCAP utama Perdana Menteri Mahathir Mohamad di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 (KBN 2018) pada 1 September 2018, sangat mengecewakan. Dia seolah-olah dalam satu masa yang rosak. Mahathir mengangkat para penyokongnya dan orang lain yang akan mendengarkan ucapannya, dengan frasa yang sama lagi meletihkan letih. Beliau solah-olah terbangun selepas 15 tahun tidur siang dan kembali ke mana dia berada ketika dia meninggalkan jawatannya pada tahun 2013.

Dia membangkitkan stereotaip lama dan hodoh mengenai orang Melayu. Mendengarnya, seolah-olah dia sedang membaca petikan-petikan daripada bukunya Melayu Dalam Dilema yang diterbitkan pada tahun 1970. Beliau lupa bahawa dia telah diberikan tanggungjawab yang jarang dan keistimewaan untuk memimpin negara selama lebih dari dua dekad. Itu sepatutnya cukup masa untuk meremehkan apa sahaja yang melanda orang Melayu sekarang. Sekali lagi, beliau diberi peluang kedua yang unik, tetapidia tetap menggunakan preskripsi lama yang sama yang kini terbukti bukan sahaja tidak berkesan, bahkan telah menjadikan masalah itu lebih buruk lagi.

Lelaki bernama Mahathir kurang sifat rendah diri dan mahu merenung diri sendiri betapa banyaj perkara berlaku hari ini kerana dasar yang dibuat ketika zamannya atau mungkin menyemak kembali kegagalan dari segi pelaksanaan dasar. Dasar yang baikpun jika dilalkasanakn dengan salah, akan menghasilkan kegagalan, apa lagi jika dasar itu memang salah.

Mahathir tidak merenung kemungkinan dasarnya yang salah, atau jika betul, penawarnya tidak tepat. Barangkali dia termakan pujian pemujanya bahawa dialah paling pandai. Lagipun, beliau merupakan orang Melayu yang pertama yang layak sebagai doktor tanpa perlu menduduki peperiksaan tambahan. Selain itu, beliau berjaya mengjatuhkan pemerintahan Najib Razak yang menyjadikannya Perdana Menteri tertua di dunia. Begitupun, Mahathir mengakui dia sendiri meragui sama ada dia akan berjaya melakukan perbaikian yang dikatakan telak]h dirosakkan oleh Najib Razak.

Pun begitu rajyat Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada Mahathir kerana berjaya menyingkirkan Najib yang kasar, korup dan tidak kompeten. Sekiranya bukan kerana Mahathir, penyangak itu masih akan menjerumuskan Malaysia dan berjuta-juta wang tunai di kediaman peribadi Najib tidak akan ditemui.

Sebelum rasa terima kasih itu masuk ke kepala Mahathir lebih dalam, beliau wajib diingatkan berkali-kali betapa beliaulah bertanggungjawab menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri. Dan sebelum Najib, Abdullah Badawi juga sama. Ini bermakna Mahathir bertanggungjawab secara langsung terhadap sedekad Malaysia dalam kegagalan.

Sekali lagi, perlu diingatkan agar Mahathir tidak lupa (Melayukan mudah lupa, apa lagi dalam usianya), penyakit rasuah telah merebak dan membarah sebelum lagi zaman Najib Razak, walaupun jenis rasuah bertukar-tukar wajah.

Izinkan saya berkata kepada Mahathir, usah risau untuk menyelamatkan orang Melayu. Anda telah diberikan misi mulia itu lebih dua dasawarsa. Kini, masa untuk memberi orang lain peluang untuk misi sukar itu dilaksanakan.

Saya berharap dan berdoa Mahathir bukan lagi melahirkan Abdullah Badawi atau Najib Razak untuk Malaysia. Itulah tanggungjawab besar Mahathir kini. Jika sekali lagi Najib Razak dicipta Mahathir, maka hancurlah malaysia buat selama-lamanya.

Saya tidak melihat ada bukti-bukti Mahathir telah mengambil pelajaran atas kegagalan Abdullah dan Najib. Dan itu sepatutnya membimbangkan kita semua!

Baca artikel asalnya di Bakrimusa.com

 

MENTERI LANTIK DIRINYA PRESIDEN UIAM

ADUN Kampung Tunku Lim Yi Wei menggesa Menteri Pelajaran Maszlee Malik melepaskan jawatannya sebagai presiden baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata bagi seorang menteri mengetuai universiti swasta adalah satu “konflik kepentingan yang jelas”.

“Sebagai seorang ahli akademik, Maszlee memiliki kelayakan yang betul untuk jawatan itu (tetapi) sebagai ahli politik tertinggi di Kementerian Pendidikan, memegang jawatan tertinggi di sebuah universiti adalah satu konflik kepentingan yang jelas.

“Sama ada peranan presiden adalah eksekutif atau bukan eksekutif adalah tidak penting. Kita tidak seharusnya melanggar manifesto kita dengan menggunakan loopholes,” katanya.

Pakatan Harapan, dalam manifesto pilihan raya, berjanji untuk memulihkan kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi.

“Ini akan dilakukan melalui pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan undang-undang sekatan yang lain dan menggantikannya dengan undang-undang yang lebih baik.

“Kita juga menjanjikan autonomi – kebebasan daripada campur tangan politik dan kepentingan, terutamanya mengenai pelantikan Naib Canselor dan timbalan mereka,” kata Lim.

Semalam, Persatuan Staf Akademik IIUM mengucapkan tahniah kepada Maszlee atas pelantikannya sebagai presiden universiti itu di halaman Facebook rasminya (gambar, di bawah).

 

Sebelum memasuki politik awal tahun ini, ahli BERSATU itu adalah seorang ahli akademik di UIAM.

Lantikan politik

Lim, dalam kenyataannya, memetik Maszlee dari temu bualnya dengan New Straits Times pada bulan Jun di mana dia berikrar untuk tidak akan “menyalahgunakan universiti demi kepentingan politik” dan menjanjikan universiti yang penuh autonomi dan kebebasan akademik.

Perlantikan terbarunya itu telah menimbulkan keraguan terhadap janji itu, kata Lim.

“Selain itu, setiausaha politiknya (Maszlee), Mohd Nizam Morad telah dilantik ke Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Walaupun butiran pelantikan Nizam tidak diumumkan, kedua-dua pelantikan ini meragui komitmen Kementerian Pendidikan terhadap kebebasan akademik,” katanya.

Ahli politik DAP itu juga berkata bahawa jika Maszlee tidak melepaskan pelantikan terbarunya itu, beliau akan mengecewakan pelajar yang berharap gabungan pemerintah untuk memulihkan kebebasan akademik.

“Gagal melakukannya juga akan menjadi satu tamparan kepada aktivis pelajar (yang sebelumnya) disenarai hitam, diganggu atau ditahan di bawah AUKU.

“Dan gagal melakukannya akan memberi isyarat kepada belia kita bahawa HARAPAN tidak mempunyai integriti. Dalam hal itu, kita tidak boleh lagi menyalahkan anak muda kita kerana bersumpah demi kebaikan politik, “katanya.

Sumber: Malaysiakini

PERANAN AGAMA MENYATU RAKYAT

Oleh Ali Imran Mohd Noordin

KUALA LUMPUR (Bernama) — Elemen agama sememangnya memainkan peranan penting bagi membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Semua agama amat menitikberatkan toleransi, persaudaraan dan nilai moral yang tinggi dalam kehidupan seharian.

Malah, unsur kepelbagaian itu dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran melalui Surah Al-Hujraat Ayat 13 yang menyatakan penciptaan manusia dalam pelbagai bangsa dan suku bertujuan supaya mereka dapat saling mengenali antara satu sama lain.

Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan Profesor Datuk Dr. Siddiq Fadzil menjelaskan konsep yang diperkenalkan melalui ayat itu merupakan suatu elemen (lita’ arafu) iaitu saling mengenali lalu seterusnya membentuk perpaduan.

“Menurut perspektif Islam, kepelbagaian (bangsa dan agama) wujud dengan kehendak Tuhan untuk membina kesilangan bermula dengan saling mengenali, saling menghormati, saling bertukar manfaat, saling memperkaya dan saling bekerjasama,” katanya.

AMALAN DIALOG

Semasa menyampaikan syarahan ‘Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpaduan Nasional’ pada Seminar Kebangsaan: Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpaduan Nasional baru-baru ini,beliau menyarankan platform dialog digunakan sepenuhnya sebagai landasan bagi memupuk perpaduan serta kefahaman lebih erat antara pelbagai kelompok masyarakat.

Sempena era Malaysia Baharu, katanya, rakyat perlu membuktikan bahawa perbezaan anutan agama bukanlah faktor yang menghalang kesatuan masyarakat sebaliknya, ia elemen yang mendorong penyatuan dan pembentukan kehidupan harmoni.

“Agama bukan pemecah tetapi kekuatan untuk mempersatu. Sejak sekian lama, tamadun besar dunia seperti Islam, Barat dan Timur bertemu dan berdialog di tanah air sehingga kita boleh berbangga bahawa negara kita kaya dengan dialog ketamadunan,” katanya.

Menurutnya siri dialog antara agama harus diteruskan ke tahap membina bangsa yang menjunjung tinggi elemen perpaduan berasaskan formula ‘kepelbagian dalam satu bingkai kesatuan’.

Apabila warga masyarakat berbilang-bilang agama sanggup meraikan kepelbagaian dengan matang dan bijaksana, ia akan melahirkan kesatuan yang kompak dan membuahkan sebuah tamadun yang kaya.

“Sebuah pasukan yang baik adalah pasukan yang terdiri daripada anggota yang beragam dan pelbagai keahlian (kepakaran). Ini bererti kepelbagaian adalah satu bentuk kekuatan,”katanya.

PIAGAM MADINAH

Dalam pada itu, katanya, konsep siyasiyyah dan Piagam Madinah boleh dijadikan acuan dalam memperkukuh perpaduan masyarakat di Malaysia.

Kira-kira 1,400 tahun lepas di Kota Madinah, Nabi Muhammad S.A.W mempersatukan dua umat iaitu ‘ummah islamiyyah’ (umat Islam) yang terdiri daripada kaum Mukmin dengan ‘ummah diniyyah’ (umat keagamaan) yang datang daripada golongan Yahudi.

Gabungan dua umat itu membentuk ummah siyasiyyah (umat politik) sebagai komponen utama yang membentuk negara Madinah.

“Setiap kepelbagaian kaum, agama dan budaya harus terus diraikan dengan mengizinkan setiap bangsa kekal dengan jati diri masing-masing.

“Di Malaysia, kepebagaian umat dipersatukan dalam satu ikatan berteraskan identiti negara seperti Rukunegara, penggunaan bahasa kebangsaan, lagu rakyat, sistem demokrasi, raja berperlembagaan, dasar ekonomi dan lain-lain bentuk kesepakatan,” katanya.

Setiap agama perlu berusaha memanfaatkan kekuatan nilai agama masing-masing secara maksimum untuk mendokong dalam menegakkan integriti pembinaan bangsa.

UMAT ISLAM SEBAGAI PENERAJU

Sehubungan itu, Siddiq meminta umat Islam negara ini supaya terus memainkan peranan dalam menerajui usaha memperkasa perpaduan masyarakat kerana ia antara tanggungjawab yang dituntut agama.

Sebagai ‘khayra ummah’, umat Islam mempunyai peranan untuk memberi sumbangan khidmat yang memanfaat seluruh manusia.

Istilah ‘seluruh manusia’ tidak terhad kepada masyarakat Muslim sahaja tetapi meliputi masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

Untuk itu, umat Islam haruslah memberi komitmen penuh bagi menegakkan nilai-nilai kemakrufan serta melawan nilai-nilai buruk dan mungkar.

Disunting oleh Nurul Afida Kamaludin

–BERNAMA

BERSEDIA BUKAN ISLAM JADI PM – PAKAR PERLEMBAGAAN

Seorang pakar undang-undang berkata kritikan berhubung pelantikan orang bukan-Islam ke jawatan kanan kerajaan tidak mempunyai asas, dan menambah rakyat Malaysia harus bersedia menerima kesaksamaan, termasuk menerima orang bukan-Melayu sebagai perdana menteri.

“Memang ada kemungkinan pada suatu masa kelak orang Sarawak, Sabah atau bukan-Melayu dilantik menjadi perdana menteri” kata profesor undang-undang dari Universiti Malaya, Shad Saleem Faruqi pada satu forum mengenai ras dan agama malam tadi.

“Beliau hanya perlukan sokongan majoriti di Dewan Rakyat,” katanya, dan menambah perlembagaan persekutuan tidak mengkhususkan jawatan tersebut kepada mana-mana ras, agama atau gender.

Beliau berkata, jawatan ketua menteri atau menteri besar juga terbuka kepada orang bukan-Melayu dan amalan semasa di beberapa negeri memastikan jawatan itu dipegang oleh orang Melayu dibuat kerana realiti demografinya.

“Tetapi perlu diingat bahawa konvensyen bukan undang-undang,” katanya.

Shad berkata, dalam perlembagaan persekutuan telah tersedia jaminan berhubung perlindungan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera daripada “diketepikan” seperti dakwaan sesetengah pihak.

Katanya kritikan berhubung pelantikan peguam negara, menteri kewangan dan ketua hakim negara adalah tidak wajar.

“Ras dan agama tidak ada tempat sama sekali dalam isu sebegini,” katanya, merujuk kepada pelantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Tommy Thomas sebagai peguam negara dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara.

Thomas merupakan orang bukan-Melayu pertama dilantik sebagai peguam negara dalam tempoh 50 tahun, sementara Richard Malanjum adalah orang bukan-Islam dan anak Malaysia Timur pertama dilantik ke jawatan kehakiman tertinggi negara.

Shad berkata sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia seharusnya menjadi masa sesuai untuk mempromosi kesaksamaan dan menolak diskriminasi.- FMT